Saturday, September 27, 2008

Ramadhan Al- Mubarak

3 hari lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang.Kami sekeluarga telah pun membuat persediaan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.Tahun ini kami akan beraya di Kelantan.Tak sabarnya rasanya..

Ramadhan kali rasanya lebih meriah daripada tahun - tahun yang sebelumnya. Kak Su yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Abang Je yang bekerja di Sabah juga balik ke sini untuk sama - sama meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini. Pada Hari Raya yang ke-2 pula open house akan diadakan di rumah kami yang terletak di Kampong Peringat,Kota Bharu, Kelantan. Kami amat berharap agar Ramadhan dan Syawal kali ini akan menjadi kenangan yang indah dalam hidup kami....

Saturday, September 6, 2008

Hari Anugerah Pelajar SKKC 2007

Ada juga hadiah untuk Fifi
Dalili, rakan sekelas kami

Kumpulan Dikir Barat SKKC

Ahadiah, ketua kumpulan kami

Persembahan Boria dari Kelas 5 Genius

Pada 12.11.2007 ialah hari yang bersejarah bagi Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal iaitu sekolah kami.Ibubapa juga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis itu.Majlis itu diikuti dengan persembahan yang telah dirancang oleh guru kami.Tapi malangnya,kami tidak terpilih untuk membuat persembahan.Nak buat camne dah bukan rezeki....