Sunday, December 7, 2008

Melawat Masjid-Masjid Tersohor Seluruh Dunia

Didepan Taj Mahal

Bergambar bersama Mama

Bergambar bersama Papa

Best nyer dapat naik kereta ni

besarnye masjid

Santai .....

Lambaian dari Amir dan Kak Fifi


Seronoknya

Masjid Xian di China

Pengalaman kami melawat Taman Tamadun Islam adalah merupakan satu kenangan yang tidak dapat kami sekeluarga lupakan. Lokasinya yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang indah itu membuatkan kami sekeluarga tertarik untuk ke sana.

Taman Tamadun Islam juga menempatkan Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu. Walaupun cuaca kadang-kadang hujan ianya langsung tidak mematahkan semangat kami untuk ke situ.

Hampir 2 jam kami di situ kami pun berangkat pulang ke rumah kami yang terletak di negeri Kelantan Darul Naim. Dari pengalaman kami di situ kami mendapat banyak pengajaran dan pengetahuan khususnya tentang masjid-masjid yang tersohor di dunia.

Saturday, December 6, 2008

Pizza Hut

Kenangan bersama Pak Lang & Mak Lang

''Hmmm.... Nak makan pizza ape ek ? ''

Kekenyangan

Eee.... Tak sabarnya nak makan

Besarnya Nganga

''Mmm... Best giler pizza nie ... ''

Nenek kata nenek belanja makan pizza ni kerana Adam dapat anugerah pelajar cemerlang untuk Tadika Permataku Pintar...Jadi kami pun tumpang tuah Adam turut sama ikut...Hmmmm best betul pizza lebih-lebih lagi yang nenek belanja...Thanks nenek..kami sayang nenek..muuuuuaaaaaaaaaaaah.......

Balik Kampung

Mmm.Sedapnya nasi ayam kat Ganu kiter niee


Yeah... yeah... Rock steady

Tabik springg..........

Pada 29 November 2008 , kami sekeluarga telah pun pulang ke rumah nenek di Jengka 2 , Pahang Darul Makmur. Perjalanan kami daripada Cherating memakan masa kira-kira 2 jam setengah untuk sampai ke rumah nenek.

Setelah sampai ,kami sekeluarga terus keluar dari kereta lantas bersalam-salaman dengan mak lang ,pak lang, nenek dan pak su. Ketika itu Pak su dan kawan-kawannya sedang membina sebuah bilik dan beranda rumah untuk memeperbesarkan lagi ruang rumah.

Kemudian kami pun menolong papa dan mama mengangkat beg dan barang-barang yang telah dibawa . Selepas itu kami mengambil peluang untuk bermesra dengan ibu saudara kesayangan kami iaitu mak lang yang kini sedang sarat mengandungkan anak yang pertama.Kepada mak lang semoga mak lang selamat melahirkan anak.

Esok nenek cakap nak belanja makan pizza. Wow... Mesti best....Yea.

Wednesday, December 3, 2008

Cherating

'Seronok bermalam kat sini'

"Suasana dingin depan penginapan"

Santai

Trio

"Yahoooooo....mandiii"

Pada 28 November 2008, kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke Cherating, Pahang. Pantainya sangat cantik ditambah dengan dikelilingi bukit bukau menjadikan ianya lebih menarik. Kami menginap di Cherating Bay Resort. Di situ disediakan kolam renang dan apalagi kami pun mengambil peluang ini berjam - jam lamanya. Sedar-sedar azan maghrib berkumandang, baru kami naik...Hehe...seronoknya....

Malamnya kami sekeluarga keluar makan di Restoran Mahligai. Restoran ini terletak di tepi jalan besar dari Kemaman ke Kuantan....Masakannya sedap oii....

Oleh kerana keletihan kami tidur awal...esok nak balik rumah nenek...yahooo...boleh jumpa nenek, pak lang, mak lang dan busu....