Sunday, December 7, 2008

Melawat Masjid-Masjid Tersohor Seluruh Dunia

Didepan Taj Mahal

Bergambar bersama Mama

Bergambar bersama Papa

Best nyer dapat naik kereta ni

besarnye masjid

Santai .....

Lambaian dari Amir dan Kak Fifi


Seronoknya

Masjid Xian di China

Pengalaman kami melawat Taman Tamadun Islam adalah merupakan satu kenangan yang tidak dapat kami sekeluarga lupakan. Lokasinya yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang indah itu membuatkan kami sekeluarga tertarik untuk ke sana.

Taman Tamadun Islam juga menempatkan Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu. Walaupun cuaca kadang-kadang hujan ianya langsung tidak mematahkan semangat kami untuk ke situ.

Hampir 2 jam kami di situ kami pun berangkat pulang ke rumah kami yang terletak di negeri Kelantan Darul Naim. Dari pengalaman kami di situ kami mendapat banyak pengajaran dan pengetahuan khususnya tentang masjid-masjid yang tersohor di dunia.

Saturday, December 6, 2008

Pizza Hut

Kenangan bersama Pak Lang & Mak Lang

''Hmmm.... Nak makan pizza ape ek ? ''

Kekenyangan

Eee.... Tak sabarnya nak makan

Besarnya Nganga

''Mmm... Best giler pizza nie ... ''

Nenek kata nenek belanja makan pizza ni kerana Adam dapat anugerah pelajar cemerlang untuk Tadika Permataku Pintar...Jadi kami pun tumpang tuah Adam turut sama ikut...Hmmmm best betul pizza lebih-lebih lagi yang nenek belanja...Thanks nenek..kami sayang nenek..muuuuuaaaaaaaaaaaah.......

Balik Kampung

Mmm.Sedapnya nasi ayam kat Ganu kiter niee


Yeah... yeah... Rock steady

Tabik springg..........

Pada 29 November 2008 , kami sekeluarga telah pun pulang ke rumah nenek di Jengka 2 , Pahang Darul Makmur. Perjalanan kami daripada Cherating memakan masa kira-kira 2 jam setengah untuk sampai ke rumah nenek.

Setelah sampai ,kami sekeluarga terus keluar dari kereta lantas bersalam-salaman dengan mak lang ,pak lang, nenek dan pak su. Ketika itu Pak su dan kawan-kawannya sedang membina sebuah bilik dan beranda rumah untuk memeperbesarkan lagi ruang rumah.

Kemudian kami pun menolong papa dan mama mengangkat beg dan barang-barang yang telah dibawa . Selepas itu kami mengambil peluang untuk bermesra dengan ibu saudara kesayangan kami iaitu mak lang yang kini sedang sarat mengandungkan anak yang pertama.Kepada mak lang semoga mak lang selamat melahirkan anak.

Esok nenek cakap nak belanja makan pizza. Wow... Mesti best....Yea.

Wednesday, December 3, 2008

Cherating

'Seronok bermalam kat sini'

"Suasana dingin depan penginapan"

Santai

Trio

"Yahoooooo....mandiii"

Pada 28 November 2008, kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke Cherating, Pahang. Pantainya sangat cantik ditambah dengan dikelilingi bukit bukau menjadikan ianya lebih menarik. Kami menginap di Cherating Bay Resort. Di situ disediakan kolam renang dan apalagi kami pun mengambil peluang ini berjam - jam lamanya. Sedar-sedar azan maghrib berkumandang, baru kami naik...Hehe...seronoknya....

Malamnya kami sekeluarga keluar makan di Restoran Mahligai. Restoran ini terletak di tepi jalan besar dari Kemaman ke Kuantan....Masakannya sedap oii....

Oleh kerana keletihan kami tidur awal...esok nak balik rumah nenek...yahooo...boleh jumpa nenek, pak lang, mak lang dan busu....

Friday, October 31, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Adam,Athirah dan Athilia di rumah Cu
Papa dan mama yang tersayang
Keluarga bahagia

Pada tanggal 1 Oktober Hari Raya Aidilfitri menjelang. Seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut hari yang mulia ini dengan gembira. Lepas balik papa balik daripada masjid untuk sembahyang Hari Raya Aidilfitri kami cepat - cepat beratur depan papa dan mama untuk meminta maaf.

Selepas itu kami sekeluarga ke rumah bapa saudara kami yang kami panggil Cu. Kebetulan pada ketika itu nenek dan datuk kami sudah pun berada di rumah Cu. Selepas kami meminta maaf dengan nenek ,datuk,Cu dan isterinya yang kami panggil Umi, kami pun terus menghadap meja makan untuk menjamu selera dengan roti jala dan kuih muih yang telah disediakan. Fuhh, memang sedap sampai menjilat jari!

Yang kami paling best tentang Hari Raya ni kami dapat kumpul duit raya.Wow, banyak juga yang kita orang dapat.Semoga Syawal yang akan datang akan membawa kenangan yang terindah dalam hidup kami.

Thursday, October 23, 2008

Happy Birthday Fifa Fifi

Kek Kami

Allah Lanjutkan Usia Kami

Kawan Kawan Yg Hadir

Hadiah..Yg Besar tu Drpd Papa & Mama

Tanggal 14 Oktober 08 genaplah usia kami 11 tahun.Kami menyambut Hari Jadi ini di rumah ibu saudara kami yang kami kenali sebagai Ma Che Long.Ramai juga sahabat -sahabat yang hadir ke parti Hari Jadi kami antaranya ialah Dalili,Idayu ,Hadani,Mas,Syaqirah,Afiqah dan ramai lagi.Parti Hari Jadi kami ini bertambah meriah lagi dengan kehadiran adik sepupu kami Athirah dan Athilia.

Tetamu yang hadir dijamu dengan mee goreng,kuih -muih dan bermacam -macam lagi. Terima kasih kami ucapkan kepada yang menghulurkan hadiah. Nak tahu apa dia hadiah yang papa bagi? Jeng jeng jeng...Sebuah radio...Bolehlah kami study sambil dengar radio...Thanks papa...I love you...

Thursday, October 9, 2008

Lawatan Sambil Belajar

Athirah Pun Sempat Bergambar Kenangan

Gadis Melayu

Pelukan Sahabat

'Peace' dr Adik Fifi

Kembar Yg Cintakan Kedamaian

Di Konti RTM

Pada hari Khamis lalu, 9 Oktober 2008 kami telah mengikuti satu rombongan yang dianjurkan oleh sekolah kami. Lokasi lawatan adalah ke RTM Kota Bharu, Pesta Buku Kelantan 2008 di Balai Islam Lundang, Taman Tengku Anis, Pengkalan Chepa dan Kampung Kraftangan.

Kami bertolak dengan bas pada pukul 8:00 pagi diiringi oleh 3 orang guru sekolah. Yang menariknya lawatan ini turut disertai oleh adik sepupu kami, Fatin Athirah.

Banyak pengalaman, ilmu dan pelajaran yang kami dapat hasil dari lawatan ini. Kami amat berharap agar lawatan seperti ini akan dapat diadakan lagi pada lain kali. Seronok sebenarnya..

Ok..chow dulu..

Saturday, September 27, 2008

Ramadhan Al- Mubarak

3 hari lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang.Kami sekeluarga telah pun membuat persediaan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.Tahun ini kami akan beraya di Kelantan.Tak sabarnya rasanya..

Ramadhan kali rasanya lebih meriah daripada tahun - tahun yang sebelumnya. Kak Su yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Abang Je yang bekerja di Sabah juga balik ke sini untuk sama - sama meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini. Pada Hari Raya yang ke-2 pula open house akan diadakan di rumah kami yang terletak di Kampong Peringat,Kota Bharu, Kelantan. Kami amat berharap agar Ramadhan dan Syawal kali ini akan menjadi kenangan yang indah dalam hidup kami....

Saturday, September 6, 2008

Hari Anugerah Pelajar SKKC 2007

Ada juga hadiah untuk Fifi
Dalili, rakan sekelas kami

Kumpulan Dikir Barat SKKC

Ahadiah, ketua kumpulan kami

Persembahan Boria dari Kelas 5 Genius

Pada 12.11.2007 ialah hari yang bersejarah bagi Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal iaitu sekolah kami.Ibubapa juga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis itu.Majlis itu diikuti dengan persembahan yang telah dirancang oleh guru kami.Tapi malangnya,kami tidak terpilih untuk membuat persembahan.Nak buat camne dah bukan rezeki....

Saturday, August 30, 2008

Rumahku Syurgaku

Diawal pembinaan

Akhirnya siap juga rumah kami

Pada bulan puasa dua tahun yang lalu,rumah kami telah siap dibina.Sementara itu ,kami sekeluarga tinggal di rumah yang disewa oleh ibubapa kami yang terletak di Taman Kemahiran Panji.Kami berasa begitu bangga walaupun ianya memakan masa yang agak lama untuk menyiapkan rumah ini.Inilah rumah kami.....

Sunday, August 24, 2008

Hari Keluarga USM

Di depan Chalet

Papa dan Mama


Best Woi Main Air


Di depan Bilik


Bersama Seorang Kenalan

Pada 1dan 2 ogos lepas, kami sekeluarga telah pun ke Villa Danialla bagi menghadiri sambutan Hari Keluarga USM yang dianjurkan oleh pihak hospital.. Kami menginap disana 2 hari 1 malam.

Kami juga sempat mandi manda di kolam.Kolam itu terletak di tepi cafe.Memang best giler dapat pergi sana tau.

Kami kesana pada jam 3 petang dan sampai pada jam 4 petang. Pada hari kedua,memang best sebab ada permainan sukaneka untuk kanak - kanak dan juga dewasa.Fifa dan Adam menang pertandingan merebut kerusi musikal.


Kami ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam Sambutan Keluarga USM kerana telah menjadikan sambutan sangat sangat meriah.....


Saturday, August 23, 2008

Lubok Yu, Pahang



Pengalaman berkelah di Lubuk Yu telah menjadi satu kenangan dan pengalaman yang baru dan berharga buat kami sekeluarga.

Lubok Yu terletak di kawasan berhampiran Bandar Jengka, Pahang. Kebetulan kampung mama kami adalah di Jengka 2. Jadi pada kesempatan balik melawat nenek kami yang sakit, kami sempat mandi manda di Lubok Yu.

Kami merasa amat seronok dan kami juga berharap dapat kesana lagi apabila balik kampung lain kali......