Friday, October 31, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Pada tanggal 1 Oktober Hari Raya Aidilfitri menjelang. Seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut hari yang mulia ini dengan gembira. Lepas balik papa balik daripada masjid untuk sembahyang Hari Raya Aidilfitri kami cepat - cepat beratur depan papa dan mama untuk meminta maaf.
Selepas itu kami sekeluarga ke rumah bapa saudara kami yang kami panggil Cu. Kebetulan pada ketika itu nenek dan datuk kami sudah pun berada di rumah Cu. Selepas kami meminta maaf dengan nenek ,datuk,Cu dan isterinya yang kami panggil Umi, kami pun terus menghadap meja makan untuk menjamu selera dengan roti jala dan kuih muih yang telah disediakan. Fuhh, memang sedap sampai menjilat jari!
Yang kami paling best tentang Hari Raya ni kami dapat kumpul duit raya.Wow, banyak juga yang kita orang dapat.Semoga Syawal yang akan datang akan membawa kenangan yang terindah dalam hidup kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment