Friday, October 31, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Adam,Athirah dan Athilia di rumah Cu
Papa dan mama yang tersayang
Keluarga bahagia

Pada tanggal 1 Oktober Hari Raya Aidilfitri menjelang. Seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut hari yang mulia ini dengan gembira. Lepas balik papa balik daripada masjid untuk sembahyang Hari Raya Aidilfitri kami cepat - cepat beratur depan papa dan mama untuk meminta maaf.

Selepas itu kami sekeluarga ke rumah bapa saudara kami yang kami panggil Cu. Kebetulan pada ketika itu nenek dan datuk kami sudah pun berada di rumah Cu. Selepas kami meminta maaf dengan nenek ,datuk,Cu dan isterinya yang kami panggil Umi, kami pun terus menghadap meja makan untuk menjamu selera dengan roti jala dan kuih muih yang telah disediakan. Fuhh, memang sedap sampai menjilat jari!

Yang kami paling best tentang Hari Raya ni kami dapat kumpul duit raya.Wow, banyak juga yang kita orang dapat.Semoga Syawal yang akan datang akan membawa kenangan yang terindah dalam hidup kami.

Thursday, October 23, 2008

Happy Birthday Fifa Fifi

Kek Kami

Allah Lanjutkan Usia Kami

Kawan Kawan Yg Hadir

Hadiah..Yg Besar tu Drpd Papa & Mama

Tanggal 14 Oktober 08 genaplah usia kami 11 tahun.Kami menyambut Hari Jadi ini di rumah ibu saudara kami yang kami kenali sebagai Ma Che Long.Ramai juga sahabat -sahabat yang hadir ke parti Hari Jadi kami antaranya ialah Dalili,Idayu ,Hadani,Mas,Syaqirah,Afiqah dan ramai lagi.Parti Hari Jadi kami ini bertambah meriah lagi dengan kehadiran adik sepupu kami Athirah dan Athilia.

Tetamu yang hadir dijamu dengan mee goreng,kuih -muih dan bermacam -macam lagi. Terima kasih kami ucapkan kepada yang menghulurkan hadiah. Nak tahu apa dia hadiah yang papa bagi? Jeng jeng jeng...Sebuah radio...Bolehlah kami study sambil dengar radio...Thanks papa...I love you...

Thursday, October 9, 2008

Lawatan Sambil Belajar

Athirah Pun Sempat Bergambar Kenangan

Gadis Melayu

Pelukan Sahabat

'Peace' dr Adik Fifi

Kembar Yg Cintakan Kedamaian

Di Konti RTM

Pada hari Khamis lalu, 9 Oktober 2008 kami telah mengikuti satu rombongan yang dianjurkan oleh sekolah kami. Lokasi lawatan adalah ke RTM Kota Bharu, Pesta Buku Kelantan 2008 di Balai Islam Lundang, Taman Tengku Anis, Pengkalan Chepa dan Kampung Kraftangan.

Kami bertolak dengan bas pada pukul 8:00 pagi diiringi oleh 3 orang guru sekolah. Yang menariknya lawatan ini turut disertai oleh adik sepupu kami, Fatin Athirah.

Banyak pengalaman, ilmu dan pelajaran yang kami dapat hasil dari lawatan ini. Kami amat berharap agar lawatan seperti ini akan dapat diadakan lagi pada lain kali. Seronok sebenarnya..

Ok..chow dulu..