Tuesday, September 29, 2009

Best..

Hmmm...UPSR dah lama habis dan kami rasa lega, namun kami masih ada satu lagi ujian iaitu ujian akhir tahun untuk di tempuhi..Kat sekolah kami tak belajar dah dan kami telah melakukkan beberapa aktiviti di sekolah bersama kawan kawan . Antara aktivitinya adalah bermain badminton,main dam,congkak,menjahit manik kat kain perca dan banyak lagi...Semua aktiviti ini kami join dengan bersungguh sungguh dan sekali gus ianya dapat mengisi masa lapang kami..Semua aktivi yang diadakan, bagi kami best best belaka..

Saturday, September 26, 2009

Rindu Terubat...

Inilah Kak Jun..Pengasuh kami..and beliau masih lagi single..hehe

Senyuman rindu...

Ceria bersama..

Kak Shasha and fifa..Cute tak budak kat tengah tu?..

Pelukan mesra...

Alhamdulillah ...Setelah 4 tahun tak jumpa, akhirnya rindu kami pada keluarga pengasuh yang kami boleh dikatakan sebagai keluarga angkat terubat.Kami ke sana kerana diajak untuk menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki bongsu Ayah yang kami kenali sebagai Abang Du..Selamat Pengantin Baru buat Abang Du dan isteri yang jelita..Hampir 2 jam kami berada di situ untuk bersama bergelak ketawa sambil berbual dengan mereka..

Pada kesempatan ini,kami teringin sangat nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak ternilai kepada keluarga Ayah yang telah banyak berjasa kepada kami sejak kami berumur 4 bulan lagi hingga 6 tahun...Semoga mereka akan dirahmati Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki...Kepada Kak Jun ,semoga cepat dapat jodoh yang baik...tak sabar kami nak makan gulai nanti kak Jun kahwin..heheee...harap kita akan dapat selalu berhubung dan berjumpa lagi...

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan..Selain itu, kami juga ingin memohon maaf jika kami telah membuat kesilapan kepada sesiapa sahaja..Maklumlah setiap insan yang hidup di dunia tidak akan terlepas daripada membuat kesalahan..

Tahun ini kami beraya sakan di rumah nenek kami iaitu di Felda Jengka 2,Pahang. Mak ngah dan keluarganya serta keluarga Pak Lang akan beraya di rumah nenek juga bersama sama kami..Pak Su akan beraya di Terengganu yakni di rumah Mak Su.. Tak sabar rasanya nak bakar lemang...Kami beraya di sana cuma untuk 1 hari sahaja dan hari raya kedua tu kami kena terus balik Kelantan sebab mama tak dapat cuti..Apa apapun kami sekali lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri buat seluruh umat Islam...

Thursday, September 10, 2009

Merdeka!!!!

Hoooray ....UPSR dah tamat..Itulah jeritan yang dilaungkan oleh murid murid tahun 6 SK Kampong Chengal.Hari ini adalah hari terakhir UPSR.Akhirnya,segala cabaran dan dugaan sebagai persediaan untuk hadapi ujian ini berakhir pada hari ini iaitu 10 september 2009..Rindu pula akan kenangan ketika kerja sekolah tak sempat siap dan kena marah kat cikgu..Lepas ni ,kami rancang nak tolong Cikgu Saharah buat kerja kat dalam bilik SPBT(boss) atau isi masa dengan baca kitab suci al-quran kat musalla sekolah.Cikgu pun dah tak masuk mengajar dah .HMM...Haraplah ramai murid SKKC akan dapat 5 A dalam UPSR .pk 1 kata kalau dapat 20 orang ke atas cikgu nak buat kenduri kesyukuran (sembelih lembu).Mmm...mesti best kan ..Tak sabar rasanya nak tunggu pengumuman hari UPSR nanti.Kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada guru yang selama ini telah mendidik kami dengan penuh kesabaran dan tanpa berputus asa..Mereka adalah:

1. Puan Ramlah (b.malaysia)
2. Puan Hjh Azian (matematik)
3.Puan Hjh Azizan (b.inggeris)
4.Tuan Hj mohd Arif (sains)


KAMI SAYANG CIKGU!!!!!