Thursday, September 10, 2009

Merdeka!!!!

Hoooray ....UPSR dah tamat..Itulah jeritan yang dilaungkan oleh murid murid tahun 6 SK Kampong Chengal.Hari ini adalah hari terakhir UPSR.Akhirnya,segala cabaran dan dugaan sebagai persediaan untuk hadapi ujian ini berakhir pada hari ini iaitu 10 september 2009..Rindu pula akan kenangan ketika kerja sekolah tak sempat siap dan kena marah kat cikgu..Lepas ni ,kami rancang nak tolong Cikgu Saharah buat kerja kat dalam bilik SPBT(boss) atau isi masa dengan baca kitab suci al-quran kat musalla sekolah.Cikgu pun dah tak masuk mengajar dah .HMM...Haraplah ramai murid SKKC akan dapat 5 A dalam UPSR .pk 1 kata kalau dapat 20 orang ke atas cikgu nak buat kenduri kesyukuran (sembelih lembu).Mmm...mesti best kan ..Tak sabar rasanya nak tunggu pengumuman hari UPSR nanti.Kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada guru yang selama ini telah mendidik kami dengan penuh kesabaran dan tanpa berputus asa..Mereka adalah:

1. Puan Ramlah (b.malaysia)
2. Puan Hjh Azian (matematik)
3.Puan Hjh Azizan (b.inggeris)
4.Tuan Hj mohd Arif (sains)


KAMI SAYANG CIKGU!!!!!

2 comments:

nbasudi said...

Skrag dah boleh tgk TV sampai pagi pun papa x marah..nanti kalau senang papa akan g baiki basikal kakak..nanti petang boleh round perumahan kita..

Fifa dan Fifi said...

boring gak tengok tv..buat kuih raya,jahit manik baju raya lagi bagus...tapi bleh juge tengok tv.