Friday, January 8, 2010

Dunia Baru...

Pejam celik pejam celik sekarang kami dah umur 13 tahun dah. Dah remaja..Sukar rasanya untuk meninggalkan dunia sewaktu masih bersekolah di sekolah rendah yang boleh dikatakan semuanya serba indah.Namun hidup mesti diteruskan,tak boleh nak jadi budak budak lagi.

Banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk menjadi seorang remaja yang terbaik.Kalau tiada cabaran tak ada maknalah kehidupan kita.Walaupun masih bersedih dengan kehilangan seorang sahabat karib yang terbaik dalam hidup kami namun masih banyak lagi cabaran yang lebih hebat untuk ditempuhi.Kematian Ahadiah mengeratkan lagi hubungan persahabatan kami dengan sahabat yang lain.Begitu juga dengan keluarga arwah.Kami semakin rapat dengan keluarga Arwah...

Buat teman teman yang lain,bersama samalah kita mendoakan kebaikan buat tali persahabatan yang kita jalinkan selama ini...


Saturday, January 2, 2010

Ahadiah Dalam Kenangan


jasa baikmu dikenang ..kawan..

kali terakhir bergambar bersama.....
seorang pelajar cemerlang...
kini tinggal kenangan.......


Tanggal 1.1.2010 ,kami dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan....kami telah kehilangan seorang rakan yang amat rapat iaitu NOOR AHADIAH BINTI MOHD NASIR.Arwah telah meninggal dunia sekitar jam 8 malam.Sejurus saja mendapat berita tentang kematian tersebut, kami sekeluarga terus ke rumah arwah yang terletak di Kampung Paloh Rambai.Arwah meninggal kerana menghidap penyakit jantung berlubang dan paru paru berair.Sedih rasanya bila terkenangkan arwah Ahadiah yang baik budi pekertinya.

Arwah telah dikebumikan pada keesokan harinya pada jam 11 pagi.Takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah.Semoga rohnya akan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.amin..Al fatihah ..