Saturday, January 2, 2010

Ahadiah Dalam Kenangan


jasa baikmu dikenang ..kawan..

kali terakhir bergambar bersama.....
seorang pelajar cemerlang...
kini tinggal kenangan.......


Tanggal 1.1.2010 ,kami dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan....kami telah kehilangan seorang rakan yang amat rapat iaitu NOOR AHADIAH BINTI MOHD NASIR.Arwah telah meninggal dunia sekitar jam 8 malam.Sejurus saja mendapat berita tentang kematian tersebut, kami sekeluarga terus ke rumah arwah yang terletak di Kampung Paloh Rambai.Arwah meninggal kerana menghidap penyakit jantung berlubang dan paru paru berair.Sedih rasanya bila terkenangkan arwah Ahadiah yang baik budi pekertinya.

Arwah telah dikebumikan pada keesokan harinya pada jam 11 pagi.Takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah.Semoga rohnya akan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.amin..Al fatihah ..